Wednesday, November 18, 2009

Hempedu bumi: PenawarTerbaik dariTimur


HEMPEDU BUMI

Hingga kini masih belum ada lagi penawar untuk selsema. Malah, kadar kejadiannya
kian meningkat sepertimana juga masalah sistem pernafasan lain seperti asma dan
rinitis alergi. Kita semua menakuti gejala-gejala pertama selsema yang boleh melarat
menjadi demam selsema, seperti sakit tekak, kelesuan dan sakit-sakit badan diikuti
dengan mata dan hidung yang berair.

Lalu soalannya masih kekal sebegini: adakah barang sesuatu yang boleh membantu
mencegah selsema pada mulanya sekali atau memendekkan tempohnya dan
melegakan gejala-gejalanya? Ramai daripada kita yang telah mengalami waktu-waktu
ketika kita seperti dijangkiti setiap orang yang menghidap selsema. Kanak-kanak
barangkali merupakan golongan yang paling rentan terhadap jangkitan
(mudah dijangkiti) dan ramai pasangan ibu bapa yang menanggung resah gelisah
sedang tercari-cari rawatan alternatif untuk melepaskan diri daripada kitaran teruk ini,
terutamanya yang melibatkan golongan kanak-kanak yang cenderung mendapat
jangkitan sistem pernafasan aras rendah berikutan selsema mereka.
Mujurnya kita tidak lagi perlu mencari jauh kerana hasil penyelidikan yang paling
berpotensi kini berpunca daripada sejenis pokok kecil yang sering ditemui ditanam
di taman-taman kampung di serata Asia Tenggara.

Dengan nama botani Andrographis paniculata, seterusnya
merupakan anggota famili tumbuhan Acanthaceae, pokok
ini lazimnya dikenali di Malaysia dengan nama Hempedu Bumi,
Pokok Cerita ataupun Hempedu Pahit. Gelaran ‘hempedu’ ini
berpunca daripada
rasanya yang amat pahit hingga dikaitkan
dengan hempedu dalam tubuh badan
yang memang masyhur
pahitnya hingga disebut dalam peribahasa. Pokok Hempedu


Bumi ini telah menjadi bahan kajian bagi beberapa kajian
penyelidikan dalam tempoh
50 tahun yang lalu. Tersenarai
di farmakopia (buku senarai dadah ubatan) Cina dan
India,
ubat herba ini telah dikaji berhubung dangan sifat-sifat
pelindung hati, perangsang imun, antiradang, antidemam
panas dan anti-HIV serta sebagai rawatan klinikal untuk
selsema, demam selsema, demam panas, sakit tekak dan
cirit birit. Juzuk (kandungan) utama Andrographis paniculata
ialah suatu sebatian yang amat pahit yang dikenali dengan nama
andrografolida, yang pertama kali ditemukan pada tahun 1911.
Andrografolida didapati pada seluruh bahagian pokok Hempedu Bumi
tetapi paling tertumpu pada bahagian daunnya.


Pokok kecil ini barangkali merupakan pokok herba tradisional
Malaysia paling utama yang kita miliki. Ia bagaikan satu kit
pertolongan cemas herba yang mampu meredakan derita
akibat segala macam masalah, terutamanya selsema, demam
selsema dan demam panas, sakit tekak, masalah hati, dan diarea
(cirit birit).


Adalah agak menarik bahawa herba Asia ini sedang pesat
mengambil alih dua herba
Barat paling popular di pasaran
ubatan herba dunia, iaitu Milkthistle untuk masalah

hati dan Echinacea untuk selsema dan demam selsema.
Dalam pelbagai kajian,
Hempedu Bumi telah terbukti lebih ampuh
daripada Milkthistle dari segi sifat
pelindung hati dan perangsang
hempedu tubuh. Manakala di Scandinavia, bahan
pokok ini kini
menjadi herba terlaris sebagai rawatan herba untuk untuk selsema,

demam selsema, sinusitis (resdung) dan alergi (alahan) selama beberapa
tahun
berturut-turut. Juzuk (kandungan) aktif dalam Hempedu Bumi,
iaitu andrografolida, bertindak sebagai antipengoksida kuat,
dengan itu melindungi hati dan sistem pencernaan.


Ujian makmal dan klinikal telah membuktikan keberkesanannya dalam kes
kerosakan hati akibat ketoksikan (keracunan), fungsi hati yang lembap,
dan hepatitis. Selain kesan-kesannya pada hati dan sistem pencernaan,
Hempedu Bumi juga terbukti berupaya mencegah penumpukan
(pengumpulan) kolesterol dalam sistem peredaran darah ke tahap
yang lebih ketara berbanding dengan minyak ikan.


Hempedu Bumi paling sesuai bagi mereka yang lazim memakan
makanan kaya kolesterol. Secara tradisi herba ini juga telah
lazim digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, manakala
hasil penyelidikan saintifik moden juga telah mengesahkan kesan
hipotensi (pengurangan tekanan darah) yang sederhana dan selamat.

Andrografolida juga telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada
juzuk (kandungan) utama Hempedu Bumi yang menghasilkan
tindakan perangsang imunnya. Kajian klinikal terbaru telah
menunjukkan telah menunjukkan bahawa pati terpiawai Hempedu Bumi
merupakan agen berkesan dalam pencegahan selsema.


Satu kajian terkawal plasebo rabun dua pihak (double blind),
yang dibuat di Chile,
menyelidik kesan pencegahan Hempedu Bumi
terhadap selsema. Kajian ini telah
merumuskan bahawa,
hasil daripada penggunaan Hempedu Bumi, keletihan

berkurangan sebanyak 30%, menggigil berkurangan sebanyak 50%,
sakit tekak
berkurangan sebanyak 40%, sakit otot berkurangan sebanyak
48%, dan pening dan
sakit kerana resdung berkurangan sebanyak 30%,
berbanding dengan kumpulan
yang menelan plasebo atau pil gula.
Juga risiko nisbi untuk dijangkiti selsema
didapati dua kali ganda
lebih rendah bagi kumpulan Hempedu Bumi berbanding

dengan kumpulan plasebo. Kajian ini lalu merumuskan bahawa
Hempedu Bumi
memberikan tahap keberkesanan yang tinggi
dalam mengurangkan kejadian dan
keterukan gejala-gejala selsema
biasa bermula pada hari kedua rawatan. Tiada
kesan-kesan buruk yang
tidak diingini dilihat atau dilaporkan.


Satu lagi kajian terkawal plasebo rabun dua pihak (double blind), yang dibuat di
Sweden, mendapati bahawa pesakit yang dirawati dengan Hempedu Bumi dua kali
ganda lebih cenderung untuk melaporkan perbaikan dari segi gejala-gejala selsema
dan hampir tiga kali ganda lebih cenderung untuk mengisytiharkan diri mereka pulih
sepenuhnya daripada selsema berbanding dengan pesakit yang diberi plasebo.
Selanjutnya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara dalam
bilangan hari cuti sakit di antara dua kumpulan ini.

Jadi, pada Hempedu Bumi kita mempunyai sejenis herba Asia yang didapati tumbuh
di kampung-kampung di Malaysia yang sudah popular secara meluas di Eropah dan
Amerika, namun masih tidak begitu dikenali di sini! Perlukah kita menunggu hingga
orang Amerika atau Eropah menjualnya balik kepada kita? Herba ini
telah menunjukkan keberkesanannya dalam banyak kajian klinikal rabun
dua pihak (double blind) untuk masalah hati, selsema dan demam selsema,
sakit tekak dan diarea (cirit birit), malah sedang dicuba dalam ujian AIDS
di Amerika Syarikat. Ia bergabung dengan baik dengan sejenis herba
tropika Asia lain, iaitu Dukung Anak (Phyllanthus Niruri),
yang juga merupakan satu herba antivirus dan pelindung hati.


Manakala Hempedu Bumi tidak disyorkan jika seseorang wanita yang menjangka
akan hamil atau merancang untuk hamil, ia selainnya selamat dan berkesan pada
dos (jumlah) yang agak kecil. Pada Hempedu Bumi kita memiliki sejenis penawar
mudah yang mampu mengelakkan sekian ramai keluarga daripada mengalami
sedemikian banyak kerumitan apabila seseorang anggota keluarga yang tersayang
jatuh sakit, juga mengelakkan sekian ramai majikan menanggungi sebegitu banyak
kerugian dan kehilangan produktiviti akibat cuti sakit oleh para pekerja. Cubalah
Hempedu Bumi dan saksikanlah sendiri manfaatnya.



















No comments:

Post a Comment