Tuesday, November 3, 2009

RAWATAN BEKAM


Berbekam merupakan metode pengubatan dengan cara mengeluarkan darah yang bersalut dengan toksin atau oksidan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit ari. Dalam istilah medik dikenali dengan istilah ‘Oxidant Release Therapy’ atau ‘Oxidant Drainage Therapy’ atau istilah yang lebih popular adalah ‘detoksifikasi’. Cara ini lebih berkesan dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimia) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh sehingga kadarnya tidak semakin tinggi.


Tetapi jika kesan ubat antioksidan sudah habis, oksidan akan tumbuh dan berkembang kembali. Kerana itu, para doktor biasanya memberikan ubat antioksidan secara berulang-ulang.


Mengeluarkan oksidan dari dalam tubuh memerlukan kepakaran khusus. Caranya dengan penyedutan menggunakan alat khusus yang sebelumnya didahului dengan sayatan khusus atau tusukan ringan dengan jarum secara hati-hati di titik-titik tertentu secara tepat dalam tubuh.


Jika oksidan dapat dikeluarkan semua maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.


BERBEKAM DARI SEGI SUNNAH


Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi)


Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah).” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)


Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah al hijamah (berbekam).” (HR. Ahmad, shahih).


HUKUM BERBEKAM


Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al Hijamah (bekam) adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain.


Jadi sebuah daerah kadang-kadang memerlukan lebih dari seorang. Tetapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi seukuran keperluan yang diperlukan. Jika di sebuah daerah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara kerana menempatkan diri di ambang kehancuran. Sebab Dzat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta menyediakan sarana untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.




KAEDAH BERBEKAM
















Di antara kaedah berbekam ialah bekam kering (angin) dan bekam basah (bekam darah).


Bekam kering (angin) dapat meringankan sakit dan penumpukan atau pengumpulan darah, bermanfaat untuk penyakit paru-paru, mengubati nephritis, mengatasi radang selaput jantung, radang sumsum tulang belakang, radang buah pinggang, radang urat saraf dan bahagian celah-celah tulang dada, menahan derasnya haid, hidung berdarah, buasir, mengatasi masuk angin dan lain-lain.

Manakala bekam basah (bekam darah) pula bermanfaat untuk membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan sistem peredaran darah di dalam tubuh seperti darah tinggi, kolestrol, kencing manis dan kanser. Ia juga boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang, dapat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.


LARANGAN-LARANGAN BERBEKAM


- Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penghidap kencing manis, kecuali juru bekam benar-benar ahli.

- Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap pesakit yang fizikalnya sangat lemah.

- Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap penderita infeksi kulit yang merata.

- Tidak dibenarkan melakukan bekam terhadap wanita yang sering mengalami keguguran.

- Penderita tekanan darah rendah hendaklah daerah punggung bahagian bawah tidak dibekam. Pembekaman hendaklah juga dilakukan satu demi satu, jangan dilakukan pembekaman sekaligus di dua tempat atau lebih secara bersamaan.

- Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap orang yang kerasukan, terkena sihir, guna-guna dan sebagainya, kecuali juru bekam yang telah mampu menghadapi keadaan-keadaan semacam ini.

- Jangan melakukan bekam terhadap wanita hamil pada tiga bulan pertama.

- Jangan melakukan bekam terhadap sesiapa yang baru menderma darah kecuali setelah berlalu dua atau tiga hari, bergantung kepada kesihatannya.


PENYAKIT–PENYAKIT YANG TELAH TERBUKTI DAPAT DIRAWAT DENGAN BERBEKAM


Sakit kepala biasa, Pening kepala, Migrain, Lumpuh separuh badan, Pendarahan otak, Pelbagai sakit pada wajah, gigi, mata, hidung, telinga, Rheumatism, Mata bengkak, Asma, Sembelit, Sakit tulang bahu, Kekejangan, Tumor dan bonjolan di telapak kaki, Sesak nafas, Dada berdebar-debar, Buasir, Elephantetis, Haid tidak teratur, Bisul, Kencing semasa tidur dan lain-lain.

1 comment:

  1. Elok caro ni, omak dah torai dah! Badan teraso ringan sikit. Eloklah kito yang dah berumor ni buek sekali sekalo, onam bulan sekali tak po yo

    ReplyDelete