Tuesday, November 3, 2009

Stess- Edisi BM

Stress: Tekanan Mental

Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menybabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas.

Anda boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial.

Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan menggangu kesihatan anda.

APAKAH DIA TEKANAN MENTAL?

Tekanan mental adalah hasil interaksi antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.

GEJALA TEKANAN

Ada beberapa gejala yang menandakan mental anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah:
PERASAN

  • Merasa bimbang
  • Merasa cepat marah
  • Merasa lemah semangat
  • Merasa tidak tenteram dan
  • gelisah
FIKIRAN
  • Bimbang terhadap masa depan
  • Kurang daya tumpuan
  • Menjadi mudah lupa
  • Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja
  • Takut gagal
  • Rendah harga diri

TINGKAH LAKU

  • Tabiat merokok yang meningkat
  • Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara mendapat mengurangkan masalah
  • Hilang selera makan atau makan berlebihan
  • Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan
  • Mudah terkejut
  • Bertindak secara impulsif dan agresif

PERUBAHAN FIZIKAL

  • Berpeluh pada tangan dan badan
  • Sering rasa dada berdebar
  • Menggeletar,kering mulut dan kerongkong
  • Mudah merasa letih
  • Kerap kecing
  • Sukar untuk tidur
  • Masalah menghadzaman seperti, loya, muntah, cirit-birit, sembelit
  • Sakit kepala dan leher Sakit-sakit sendi dan badan Mudah diserang penyakit

PUNCA TEKANAN

Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling biasa Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.

CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakanuntuk mengurangi tekanan mental anda:

  • Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
  • Bersenam atau riadzah secara kerap
  • Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
  • Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
  • Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
  • Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
  • Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
  • Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
  • Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.

No comments:

Post a Comment