Monday, November 16, 2009
Madu Di Tangan Kanan Ku: Kehebatan Anugerah Allah dari Hutan
Pengenalan
Madu lebah adalah ciptaan Allah yang menjadi makanan tambahan yang tinggi mutu dan khasiatnya. Madu diambil dari kawasan pergunungan, pokok-pokok atau bangunan yang dibina oleh manusia.
Lebah juga sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir Dinasti Pertama pada tahun 300 sebelum masihi. Beliau menggunakan lebah sebagai manisan dan dijadikan mata wang serta lambang sejarah.
Di Sepanyol pula telah dijumpai batu bersurat pada sebelum masihi yang terdapat lukisan yang nenunjukkan pencari lebah memanjat batu-batu besar bagi memungut madu. Banyak lagi penemuan lain yang telah dijumpai yang menggambarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lebah dan madu pada tahun sebelum masihi seperti pada Zaman Tamadun Parsi, Greek, Rom dan sebagainya.
Di Asia Tenggara sehingga ke hari ini belum ada penemuan sejarah membuktikan bahawa masyarakat zaman sebelum masihi menjalankan usaha mendapatkan madu daripada lebah. Lebah Madu merupakan serangga yang penting dalam proses pendebungaan pokok. Ia amat berfaedah pada keseluruhan masa hidupnya dan dalam masa satu hari, ia akan melawati bunga-bunga dan menyebarkan debunga dengan banyaknya.
Mutu atau kualiti madu bergantung kepada tempat ia diperolehi, kandungan air dll mengikut piawaian madu antarabangsa seperti IHC, CAC dll. Madu yang mempunyai kandungan air yang rendah di bawah 16 dianggap sebagai madu gred A. Di samping itu, kandungan air yang tinggi melebihi 22%, mineral tembaga dan sulfur (belerang) akan menyebabkan rasa perit ketika madu ditelan dan juga bahang atau badan penggunannya cepat terasa panas.
Madu ialah bahan cairan yang boleh menghidup, membangkit, mengembang, membina, membersih, membaiki, menjaga, membantu, menyembuh, menyegerakan kesembuhan, menghilangkan rasa sakit,membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.
Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.
Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.
Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut. Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.
Zat gula buahan dalam madu membantu pemprosesan zat makanan dalam perut. Zat gula dalam madu memudahkan pencernaan. Bila dimakan atau diminum, dalam masa kurang dari ½ jam ia dimanfaatkan oleh perut untuk beroperasi.
Madu juga mengandungi wangian haiwan terbang yang membangkitkan perut untuk bergerak dan beroperasi.
Terdapat bahan Glukosidansranik dalam madu membantu mengatasi masalah sembelit. Ibnu Sina menyatakan:”Madu mempunyai khasiat yang dapat menahan daging dari busuk dan rosak dan juga memelihara tulang. Glukos dalam madu akan menambahkan daya tahan tubuh dari penyakit dan juga menambah ketahanan hati dari keracunan dan meningkatkan simpanan glikogen dalam hati dan mengaktifkan metabolisma.
Madu juga bertindak mengatasi kekurangan darah. Bila berlaku kekurangan darah, zat galian dalam madu bertindak mengatasi masalah tersebut di samping mengseimbangkan darah merah dengan darah putih.
Madu yang diambil akan menambahkan kerajinan tubuh dan pergerakan penggunanya. Ini cukup berkesan untuk anak yang lembap.
Madu dapat menyembuhkan hampir semua penyakit dan berperanan sebagai antiseptik yang dapat membunuh bakteria/kuman penyakit. Ia kaya dengan Vitamin C berbanding dengan kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga kaya dengan aneka vitamin, mineral, enzim, protin, zat asam di samping kandungan oksigen dan hydrogen yang berguna kepada pesakit paru-paru.
Menurut satu kajian di Perancis tenaga 1kg madu = tenaga 3.5kg daging dan 12kg sayur-sayuran.
PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.
Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'.
Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.
Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.
Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.
Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.
Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.
Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina, jelas Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.
Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.
Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali.
Berikut adalah manfaat lain madu :
MADU LEBAH : Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul s.a.w sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Rasul s.a.w bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Rasul s.a.w bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Rasul s.a.w bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Rasul s.a.w bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyilu, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Rasul s.a.w bersabda: "Lima perkara dapat menghilangkan lupa, menambah hafalan dan menghilangkan lendir yaitu bersiwak (bersikat gigi), puasa,membaca Al-Quran, meminum madu dan memakan luban". (Dari kitab Makarimul Akhlaq)
Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
“… dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Didalamnya terdapat penyembuh bagi manusia.”
(Surah an-Nahl: ayat 69)
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya.
Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit.
Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.
Raja segala penawar
Ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'. Apakah rahsia di sebalik cairan kental yang diperoleh daripada lebah ini?
Allah S.W.T. telah menciptakan sekalian makhluk-Nya dan memudahkan untuk mereka barang yang diperlukan mereka untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Allah S.W.T. telah menciptakan sejenis serangga yang dipanggil lebah. Madunya mempunyai berbagai-bagai manfaat dan penyembuh bagi keharmonian dan kebahagian hidup manusia.
Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.
Dalam surah tersebut juga Allah S.W.T. telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain dijadikan makanan. Ayat 68-69 ini juga dinamakan ayat "syifa" iaitu ayat penyembuh.
Madu dijamin sebagai penawar pelbagai penyakit oleh Yang Maha Pencipta dalam firmanNya dalam Surah an-Nahl, ayat 69.
Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat(setelah mengenali nikmat Allah yang besar ini) dan pendekatan diri kepada Allah.
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w.,
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Khasiat Madu Lebah
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
Meskipun lebih dari 1400 tahun lalu Allah melalui ayat-ayat Al-Qur’an telah memberitahu bahwa madu lebah sebagai ubat, baru beberapa tahun belakangan ini para ilmuwan membuat berbagai penelitian mengenai kemampuan madu lebah sebagai ubat. Salah satu peneliti yang sangat mendalami masalah madu lebah ini adalah Peter Nolan seorang ahli kaji biokimia dari The University of Waikato – New Zealand.
Peter Nolan mempunyai cerita yang digemari mengenai kehandalan madu lebah sebagai antibiotik ini, yaitu berdasarkan pengalaman yang dialami seorang remaja Inggeris berusia 20 tahun yang luka di tangannya tidak sembuh diubati oleh berbagai jenis antibiotik. Remaja ini kemudian mendengar tentang pengubatan dengan madu lebah dan minta doktornya untuk mengubati dengan madu lebah.
Kerana berbagai cara telah dilakukan, maka sekumpulan doktor pun tidak keberatan untuk mencuba cara lain dengan madu lebah ini. Setelah pengubatan dengan madu lebah berjalan selama satu bulan, ternyata luka di tangan remaja tersebut benar-benar sembuh dan tangannya dapat berfungsi kembali.Madu ternyata dapat menumpas spesies microbial yang resistance terhadap antibiotic buatan manusia.
ternyata luka di tangan remaja tersebut benar-benar sembuh dan tangannya dapat berfungsi kembali.Madu ternyata dapat menumpas spesies microbial yang resistance terhadap antibiotic buatan manusia.
Penggunaan madu sebagai antibiotik juga memiliki beberapa keunggulan antara lain :
Pengubatan dengan madu lebah tidak menimbulkan alahan
Madu lebah menyebabkan rasa sakit berkurang
Madu lebah membersihkan jangkitan
Madu lebah menghilangkan bau pada luka
Penyembuhan berjalan cepat tanpa menimbulkan parut luka
Madu lebah bersifat antibakteria yang dapat mencegah bakteria merebak
Tidak menimbulkan rasa sakit pada masa penggantian pembalut kerana madu tidak melekat pada kain pembalut.
Mempunyai kesan ransangan yang mempercepat tumbuhnya jaringan tubuh kembali.
Hasil kajian di universiti tersebut juga membuktikan madu lebah lebih effective dari antibiotic buatan manusia seperti silver sulfadiazine.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
* Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
* Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
* Boleh menghentikan kesakitan sendi.
* Baik untuk sistem pernafasan.
* Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
* Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
* Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
* Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
* Menjana pertumbuhan otak.
* Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
* Digunakan sebagai ubat sakit perut.
* Menghilangkan kahak.
* Memutih dan menguatkan gigi.
Khasiat Madu Lebah
Di sini, kami ingin berkongsi antara khasiat madu lebah tualang asli.
:: Kencing tidak lawas::
Madu tualang
Buah oren
Bawang merah
Air panas
Oren diperah dan ambil jusnya dan dibancuh dengan madu dan air panas dan diminum. Bawang merah dipanaskan dan dituam atas perut terutama kawasan pundi kencing.
::Menyembuh luka::
Kulit kayu manis
Madu tualang
Gosok kulit kayu manis di belakang pasu..ambil patinya dicampur dengan madu dan disapu dibahagian luka..tunggu sehingga kering, selepas itu dibasuh dengan air suam.
::Untuk mendapatkan anak::
3 biji bawang merah jantan
1 biji telur ayam kampung
madu tualang
Tumbuk bawang merah..masukkan air suam..tapis..ambil jusnya shj..bancuh dengan madu dan telur ayam kampung. Baca selawat sebelum meminum campuran tersebut.
::Masalah kembung perut (angin)::
Madu tualang
sebiji bawang merah (tumbuk ambil airnya shj)
Halba (direbus sehingga lembut)
Bancuh air bawang merah, halba yg direbus dan madu tualang..dan diminum..
::Melangsingkan badan dan mengecutkan peranakan (utk wanita shj)::
Madu tualang
Pati kunyit
Gaul pati kunyit dan madu sebati dan di minum..seminggu sekali shj
::Untuk batuk berkahak, angin dalam badan, sakit sendi, lemah tenaga batin, sakit pinggang, keletihan melampau dan memperbanyakkan susu ibu(utk ibu2 yg menyusu anak)::
Madu tualang
jintan hitam (habbatus sauda)
(lebih senang minyak pati habbatus sauda)
Gaulkan madu dan minyak habbatus sauda..minum setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Selamat mencuba.. Allahu A'lam....
Labels:
alternatif,
herba,
istimewa,
khasiat,
lebah,
Madu,
sumber,
tradisional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment